~Siapa aku?..Aku hambaNYA...~

My photo
aku hanyalah hambaNYA yg dalam perjalanan rohku di dunia yg fana ini dalam tujuan yg satu..BERIBADAH padaNya..aku tidak tahu kapan masanya..moga suhuf qalbi ini bermanfaat utk rohku & dinilai dicc ALLAH...AMIN...

~Ahlan Wasahlan..Ukhuwwah Abadan Abada~

"Ukhuwwah i2 bukan terletak pada kerapnya pertemuan..tapi pada kerapnya ingatan kita pada sahabat dalam doa"

Followers

Monday, December 26, 2011

~Mujahidah itu,Sahabat Yang Tidak Mungkin Saya Lupa~

Bismillahirrahmanirrahim....^____^

Al-kisah aku dan dia....di madrasah cintaku....

Ya ALLAH,hati aku masih lagi bukam memikirkan dia..Hati masih lagi sebak dan sayu sehingga aku tidak mampu berkata-kata lagi...Segala bait bicaranya merenggut hatiku..memaksa air mata mengalir deras..Tangisannya amat menyentuh hati ini..YA.ALLAH,saksikanlah..aku amat merindui mujahidah itu..

   Suatu ketika dulu,ketika aku masih mencari berkah menuntut ilmu di bumi Serambi Mekah..dalam rumah ALLAH,di saat aku tersedu sedan menyandar di salah sebuah pintunya kerana masalah yang begitu menyedihkan hati,tiada teman di sisi,yang ada hanyalah manusia yang hanya mahu mencari kawan bukan sahabat,di saat aku dijauhi kerana masalah duniawi,egois manusia yang tidak pernah berakhir,tiada siapa peduli yang ada hanyalah bayangan kenangan silam yang begitu menyakitkan.Di situ aku pelajari bahawa,meletak pergantungan pada manusia menjanjikan KECEWA yang amat dahsyat..mengadu aku pada ALLAH akan kesakitan hati yang luka...

Dia datang memegang tanganku.Merenung aku dengan sebuah pandangan harapan seolah-olah dia berkata
"Sahabat,aku juga sepertimu..sakitku juga sama dengan kamu..aku memahamimu.." tanpa perlu aku menjelaskan.
Air mata makin membuak-buak tanpa rasa malu.Timbul satu kepercayaan dalam hati.
"Dialah insan yang aku cari,untk aku jadikan sahabat sejati".
Dia juga turut menangis.Aku juga tidak pasti mengapa.Seakan dia menyimpan sesuatu rahsia.Matanya berkaca-kaca sambil memberitahu aku  sejujurnya.Penjelasan yang amat mengejutkan aku.Tak pernah ku sangka sebelum ini ALLAH uji aku dengan pelbagai jenis manusia dalam persahabatan,tapi mendidikku dengan sabar dengan menyimpan sebentuk "MUTIARA"   untuk aku dampingi sebagai penguat semangat.


"Saya sebenarnya da lama nak berkawan dengan awak,tapi saya tengok awak dah ade geng yang rapat je sbb tuh saya x berani sebab saya tahu siapa saya kan,saya kolot,tak pandai bergaul,pemalu,byk kekurangan,tiada siapa mahu kawan ngan saya,yang ade pun,kawan2 yang pergunakan saya je..tapi saya tak tahulah kenapa,bila saya nmpk awak,saya nak buat awak sahabat baik saya even saya x pernah pun cakap banyak2 ngn awak,kdg2 je bertegur sapa..Jom,mulai hari ni,kita jadi sahabat baik nak?Kita sama2 study,same2 g usrah,same2 g makan,g skola same..nak x?Tuh pun kalau awak,nak kwn ngn saya nih..hu3"


Terkejut.Terharu apatah lagi.Lebih-lebih dicmpur dengan perasaan sedih dalam hati makin membuat hati semakin sayu.Matanya aku tenung.Terpancar keikhlasan yang amat sukar ditafsirkan.Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa aku tidak sangka,ALLAH menghadiahkan aku seorang sahabat secara tiba-tiba.Tanpa aku pinta.Mungkin Tuhan tahu aku sudah "bosan" dengan permainan dalam dunia per'kawanan" yang membuatkan aku serik dan susah mempercayai orang serta selalu meragui seseorang.Mungkin orang boleh kata aku selalu su'u zon tapi aku ade sebab tersendiri.Hidup membuatkan aku belajar ilmu persahabatan.Ya,mungkin aku saja yang paham.
 
Aku melihat  jauh ke dalam diriku yang tidak sesolehah dirinya yang seorang hafizah Quran.Seorang yang amat merendah diri walaupun dikurniakn kecantikan dan nur di wajahnya.Seorang yang amat lembut jiwanya kepada kawan-kawan.Juga,seorang pelajar yang amat pintar.
Tapi,aku tidak paham kenapa dia disakiti
"Manusia tidak pandai bersyukur,orang yang baik selalu disakiti & tidak dihargai!!'. Perlahan-lahan dalam keharuan,ku gagahkan bibir bersuara:.....

    "Terima kasih..masakan saya sanggup menolak kwn sebaik awak,awak sekarang bukan lagi sekadar kawan biasa saya,awak sahabat dunia akhirat saya.Jatuh bangun kita bersama.Saya bersyukur ssngat ALLAH pertemukan kita di saat kita sama2 susah,bersedih dan dalam masjid plak tuh..Hanya Tuhan sahaja tahu betapa saya bersyukur dikurnia sahabat sebaik awak..Saya sayang awak kerana ALLAH..."

Persahabatan kami semakin hari semakin akrab.Dia banyak Wmengajar apa itu erti 'GEMBIRA"  dalam persahabatan.Dia juga banyak mengajar aku tentang DIA.Ke mana sahaja kami mesti berdua.Kami sering berkongsi mutiara kata,berutus surat,gurau-gurau dan keluar sama2 espcially "outing time" kat sekolah.Memang indah waktu itu,Terasa dunia lebih terisi,hati semakin tenang.Sifatnya yang begitu baik membuatkan aku yang sedikit 'nakal" berubah sedikit demi sedikit.Dulu,aku jauh dari AL-QURAN,jauh dari ALLAH tetapi hadirnya dia dalam salah satuh helaian 'novel" persahabatan hidupku memberi impak besar dalam kehidupan ku.Seringkali aku memerhatinya khusyuk sambil menangis-nangis dalam setiap doa selepas solatnya.Aku ingin jadi sepertinya,Aku cuba berubah dari yang kurang baik kepada lebih baik.Dalam masa yang sama,dia insprirasiku dalam berubah.

Namun,semuanya "AMAN" buat sementara sahaja.Walaupun hubungan kami tiada sengketa tetapi karenah orang sekeliling yang seakan "mencemburui" persahabatan kami.Memberi banyak masalah.Ada jugak cerita di mana "kacang kembali mencari kulitnya'. Macam-macam konflik berlaku.Semuanya sepantas kilat.Tanpa kami sedar,kami semakin jauuh...senyap....sunyi..tiada lagi istilah si belangkas..yang tinggal hanya bekas "sliper" di bawah pokok yang dulu tempat kami selalu bersama-sama.Hadiah2nya tetapku simpan dan ku tatap selalu.Kami tidak bergaduh tetapi masa dan kesibukan duniawi menyebabkan kami sukar menghabiskan masa bersama lagi.Aku diriku,dia pula dengan kesibukannya,tetapi aku tidak pernah melupakannya...

Dalam kesibukanku,kadang 2 kenangan demi kenangan mengusik di kalbu.Ada yang sedih,ade yang terluka,ade terasa,ade marah,ade 'makan dalam",ada jugak peristiwa yang benar-benar membuatkan kami sama-sama terluka.Kami tidak pernah bergaduh secara luaran,kami hanya akan "dingin' dalam hati sahaja...tak paham kan?Biar saya dan dia sahaja yang tahu...^____^
Tapi sehingga kini dia masih sahabat saya..saya di UIA,dia plak kat (somewhere)^________________^

kami sudah sama-sama berjaya sekarang,tapi sampai sekarang saya tidak boleh menggantikan tempatnya di hati ini sebagai antara 'SAHABAT SEJATI' yang betul-betul saya sayang dan rindu sangat-sangat..
Persahabatan secara 'tidak sengaja" yang diaturkan ALLAH buat saya dan dia amat sukar diungkapkan.Kami amat rapat.Apa yang saya rasa,dia jua rasa begitu juga sebaliknya.Kami bagaikan puzzle yang saling melengkapi.Walaupun selalu sahaja ade salah paham dan peristiwa yang menyakitkan kami.
Persahabatan kami tidak sama dengan orang lain.Owg lain mugkin nampak kami jauh,tidak selalu bersama..tapi sebenarnya kami amat dekat...dekat sekali...
===_== ''
Masa terus berlalu.Aku sibuk dalam dunia kampusku,dia sibuk dengan dunia hafalannya sebelum masuk universiti.Tetapi adakala kami masih berbalas 'SMS" walaupun agak jarang la.Kdg2 di saat aku memerlukannya dan amat rindu dengannya,aku x mampu menekan button "SEND" kerana terlalu bimbang mengganggunya.Rasa bersalah selalu menyelubungi.Apatah lagi memikirkannya,maybe sedang bergembira dengan sahabat yang lebih baik dari aku.Bahkan berjuta-juta lebih solehah compared to myself.Kehidupanku diteruskan.Aku terus "menikmati" tugasan dan gerak kerja di kampus.Aku terima apa sahaja yang ALLAH bagi dalam hidup aku walaupun kdg2 aku terluka sama.
Tapi...Telahan aku salah...Aku masih dingatinya..sebab bersahabat keranaNYA,sampai syurga bukan kat dunia sahaja kan..?...Hu3..

Suatu malam.....
Sedang aku khusyuk menonton filem "Seniman Bujang Lapok" dengan famili kat rumah,tibe2 handset di genggamanku "vibrate" sekuatnya,satu nama di skrin membuatkan aku terkejut dalam gembira.Hati aku diterpa rasa sebak bila mendengar suaranya yang begitu sayu bersama tangisan.Dia menangis.Tapi,kenapa?.

"Ain...aa..iii...nnn....ssssyaaa mintak maaf sangat2 sebab jahat dengan awak dulu,saya tak pernah hargai awak walaupun saban hari awak dok depan saya,saya selalu wat sakit hati awak,saya selalu jeles ngan awak,saya selalu tak hargai awak,saya menyesal sangat-sangat..saya rindu kita macam dulu...kalau boleh,saya nak flash back balik....sssyyyyaa.minta maaf...minta maaf...hu3..."
 

Suara di corong handset sepi buat seketika.Yang kedengaran hanyalah sedu sedan dan tangisan yang amat kuat.Sekali-sekala namaku disebut beserta ungkapan maaf..maaf..maaf....dan maaf...Walaupun sume yang dikatakan tidak pernah dilakukannya.Dia terlalu salahkan dirinya.Aku pula dikejar rasa bersalah.huhu...

Aku terdiam.Tanganku tergetar-getar memegang handset.Rasa yang sukar diterangkan.Sebak yang terlalu susah untuk diterjemah.Tak sangka engkau juga sepertiku.Walau ape pun yang jadi,dia tetap sahabat saya.Saya sayang dia seikhlasnya,dia seorang sahabat yang tak layak dilupai...
Air mataku terus laju meluncur.Allah...

Aku juga rindu padamu,sahabatku..sahabat masa zaman sekolah..sahabat yang selalu mentarbiahku..sahabat yang pernah menarik aku dari "tebing curam" kesedihan yang parah.Mana mungkin aku melupakannya..x mungkin aku sekejam itu..Mustahil....

Tiada salahpun engkau padaku sahabat.Semua yang duka sudah aku lupakan.Jika engkau membaca tatapan ini,ketahuilah bahawa sesungguhnya jika aku bersahabat dengan sesiapa sekalipun,di mana sahaja,selamanya dia sahabat aku...
Persahabatan mana yang tidak pernah dilanda badai...


Satu panggilan telefon itu benar-benar membuatkan hatiku memberontak supaya lebih menghargai sahabat-sahabat disekeliling kita,jika kehilangan ditunggu untuk meratapi sebuah perpisahan,kita tidak cukup kuat untuk merasai sakitnya derita sebuah penyesalan..
Untuk yang bernama dia,ingatan aku padanya tak pernah pudar.Doaku selalu bersamanya walaupun jasad aku jauh.Dia x nampak aku selalu ada mase dia menangis,tapi hakikatnya,dia ada dalam bait-bait doaku.Sahabat,syukran atas segalanya..kau mengajar aku erti sabar dan penghargaan sebuah persahabatan.Uhibbuki fillah....             



"Ya ALLAH,terima kasih atas anugerah ENGKAU padaku,kau kurniakan aku insan-insan yang selalu menguatkan aku,sesungguhnya aku tahu "SAHABAT" juga adalah nikmatMU yang kau pimjamkan padaku maka berilah kekuatan untukku selalu menghargainya,dan janganlah KAU tarik nikmat ini daripadaku.Amin ya Rabbal Alamin." 
...Buat Semua Yang Bergelar Sahabat,Uhibbukum Fillah..InsyaALLAH....


****************************************************
ikhlas dari hati ini..Buat yang bernama dia..dan kamu....


dari hambaNYA yang selalu lupa dan alpha...
~di hening pagi,bersama my lovely lappy wif my lovely sist,Sofia & Anis the sleeping sweetie..~

Nik Nurul Ain Bt Nik Azmi 
cfs iium pj...huhu...^_____^'''

***************************************************************

Sunday, December 4, 2011

~G.H.T.....MY NeW LiFe..~

"Masih segar di ingatan aku...suatu pagi...hampir sebulan yang lalu.Selepas menyelesaikan kerja2 umah...dengan kepala yang sedikit berdenyut..aku mencapai handsetku yang semalaman di"OFF"( mmg tabiat suke off nset bila xde battery & ade kije (nk fokus la bagaiii)..malas nk charge....heee.ape la kan....:)
Tertera di skrin bbrapa misscall list dri sahabat2 ku...& berbelas2 mesej UNREAD,MMS MAXIS pun adew..adeiii,wat full memory je kan..:p...dalam malas aku buka satu-persatu mcj2 tuh...takut gak lu ade mcj urgent yg perlu direply segera..hu3.(rasa bersalah mula menerpa)..tersengih sorang2 bile mengingat bebelan sahabat karibku "Ain,handset tuh lepa manow heh,berjanggut tggu reply..??Bla..bla..bla...haha."..tibe2 mataku tertancap ke satu nombor di misscall list..***-*******...

Pelik.Aneh.Hairan.
"Aik?Awat tbe2 je pagi2 call..mesti penting nih..xpernah2 pun.2x plak tuh..."

Aku dail balik..(misscall je la..haha..)...
Tak lama kemudian handset aku "menyanyi"..
Makanya..Disitulah aku pun diberitahu tentang

"GERBANG HIKMAH TRAINING"

setelah di terangkan objektif,jalan dakwah yang mahu direalisasikan serta siapa figure2 yang bakal bergerak bersamaku nanti...timbul satu keyakinan dalam diri aku untuk terus menerima pelawaan untuk menjadi salah seorang dari 6 tonggak utama syarikat.

Berkali2 jugak sahabat tersebut bertanya akan "keseriusanku" untuk menerima pelawaan tersebut..

Mungkin drastik sangat persetujuan yang aku buat sehingga membuatkn dia bimbang aku tidak berfikir panjang akan sebarang risiko yg bakal ku tempuhi nnti sementelah lagi disaat kami masih bergelar "student"...

sekali lagi aku mengiyakan..

Bagi aku nak buat perkara baik apatah lagi secara "BERJEMAAH" tidak perlu difikir lama-lama...


"Btol..setuju je..perkara baik..xde hal laa..insyaALLAH saya akan wat terbaik..Saya cuba.."




Aku fikirkan inilah aset aku untuk terus "memberi" dalam kehidupan ini..even aku xdelah sehebat mereka..seGAH mereka...sekreatif mereka...tapi aku ingin mencuba ke arah itu walaupun harga sebuah kebebasan terpaksa aku korbankan dan usahakan..masa juga harus aku peruntuk semata-mata utknya nanti..apatah lagi khabarnya jika ada rezeki...syarikat ini akan kami sama2 usahakan sampai ke AKHIR HAYAT..hingga anak cucu la owg katakan..aku selalu ingatkan pada diri aku ni....

"Ain,jika kita mengharapkan sesuatu yang besar..PENGORBANAN ke arahnya juga mestilah besar..langkahan pertama jua harus lebih luas menjangkaui yang biasa..."

Satu keluhan dilepaskan..aku tidak pernah menyesali keputusanku even dalam menongkah  permulaannya juga ku sudah dapat merasakan ada saje halangan yang menjengah..

"Nak jadik trainer, diri kena la ditrain dlue...terima je semua..telan je semua...sbb pengalaman kita 2 akan jdi "guru" pd diri dan manetw kita ade "solusi' pd msalh owg lain nnti kan??"...^___^.....

Keserasian kami pula mungkin menjdi salah satu faktornya.Ukhwah yang dibina terasa amatlh manis sekali.Siapa tahu kami yang berlatar belakang yg berbeza-beza,negeri pun ade yg beda(Klate & Kedah BERGABUNG),tapi FIKRAH yang sama menyatukan kami.Mungkin jugak kisah suka duka diri masing2 dalam mencari HIKMAH sebuah kehidupan membawa kami menyusuri satu gerbang bersama  di atas satu landasan yang juga sama bernama
"GERBANG HIKMAH TRAINING"..^__^..

Apatah lagi memori yang sukar dilupakan apabila kami berbicara mengenai perancangan syarikat di hadapan lautan yang luas mata memandang,hujan renyai-renyai mengiringi.Resolusi demi perancangan dibuat..tapi timbul jugak satu ketakutan dlm benak hati.Mungkin sudah terbiasa dengan pengalaman2ku sebelum ini dlm merangka sebuah perjalanan sebuah organisasi..

Sebab kita hanya mampu merancang..ALLAH yang menentukannya...

"Kubmbangi jika ia hnyalah skdr black n white je,pengaplikasian dlm dunia realitnya xde..Dalam hati x henti2 berdoa agar setiap perancangan kami berjalan lancar bkn sekadar sepuitis kata2.. malah diredhaiNYA..dan jika kami diuji..kami akan segera mencari HIKMAHnya..amin...."

Penerangan sahabat/iah semakin meyakinkan.Segera ku usir hsutan2 tuh jauh2.Dilarikan oleh ombak2 yang mengganas.Digulung-gulung lalu dihempaskn sekuat-kuatnya ke tebing pantai.Sama juga dengan hembusan nafas yang tidak akan mengitar hembusan yang sama.

Biasalah,hakikatnya perkara baik mmg susah nk wat...ade je gangguan.Aku tidak mampu menahan sebak bila menghayati bait2 doa diketuai seorang sahabat sebagaimenandakan bermulanya permulaaan syarikat kami di suatu petang itu..bunyi ombak semakin mensayukan hatiku,terbayang halangan,cabaran yang bakal ditempuhi,tidak kurang juga pahit manis yg bakal dikecapi.Iya bukan semudah meng"edit profile di Fb dengan menyatakan'worked as....at GHT.."or meletakkan badge di blog utk tatapan followers tapi lebih dari itu.



"JATUH BANGUN BERSAMA"
..GHT..kami langkahi langkahan pertama ini dengan lafaz Bismillah..moga berkat mendahului...HIKMAH menyusuli...:)...
~FASA BARU HIDUPKU.~


Apabila ditanya.."Mengapa aku yg dipilih bukan dia??".Mereka pun tiada jawapan.Sebab mereka pun dipilih juga.Oleh ALLAH s.w.t..


Akhirnya kami bergabung juga keranaNYA.....^____^..




***********************************************************





~at home  at 4.49 pm~
ikhlas minni...

mood:happy sbb abah cakap nk makan sate...hehehe....
~Nik Nurul Ain Bt Nik Azmi~




~AKU CINTA ALLAH~