~Siapa aku?..Aku hambaNYA...~

My photo
aku hanyalah hambaNYA yg dalam perjalanan rohku di dunia yg fana ini dalam tujuan yg satu..BERIBADAH padaNya..aku tidak tahu kapan masanya..moga suhuf qalbi ini bermanfaat utk rohku & dinilai dicc ALLAH...AMIN...

~Ahlan Wasahlan..Ukhuwwah Abadan Abada~

"Ukhuwwah i2 bukan terletak pada kerapnya pertemuan..tapi pada kerapnya ingatan kita pada sahabat dalam doa"

Followers

Monday, December 26, 2011

~Mujahidah itu,Sahabat Yang Tidak Mungkin Saya Lupa~

Bismillahirrahmanirrahim....^____^

Al-kisah aku dan dia....di madrasah cintaku....

Ya ALLAH,hati aku masih lagi bukam memikirkan dia..Hati masih lagi sebak dan sayu sehingga aku tidak mampu berkata-kata lagi...Segala bait bicaranya merenggut hatiku..memaksa air mata mengalir deras..Tangisannya amat menyentuh hati ini..YA.ALLAH,saksikanlah..aku amat merindui mujahidah itu..

   Suatu ketika dulu,ketika aku masih mencari berkah menuntut ilmu di bumi Serambi Mekah..dalam rumah ALLAH,di saat aku tersedu sedan menyandar di salah sebuah pintunya kerana masalah yang begitu menyedihkan hati,tiada teman di sisi,yang ada hanyalah manusia yang hanya mahu mencari kawan bukan sahabat,di saat aku dijauhi kerana masalah duniawi,egois manusia yang tidak pernah berakhir,tiada siapa peduli yang ada hanyalah bayangan kenangan silam yang begitu menyakitkan.Di situ aku pelajari bahawa,meletak pergantungan pada manusia menjanjikan KECEWA yang amat dahsyat..mengadu aku pada ALLAH akan kesakitan hati yang luka...

Dia datang memegang tanganku.Merenung aku dengan sebuah pandangan harapan seolah-olah dia berkata
"Sahabat,aku juga sepertimu..sakitku juga sama dengan kamu..aku memahamimu.." tanpa perlu aku menjelaskan.
Air mata makin membuak-buak tanpa rasa malu.Timbul satu kepercayaan dalam hati.
"Dialah insan yang aku cari,untk aku jadikan sahabat sejati".
Dia juga turut menangis.Aku juga tidak pasti mengapa.Seakan dia menyimpan sesuatu rahsia.Matanya berkaca-kaca sambil memberitahu aku  sejujurnya.Penjelasan yang amat mengejutkan aku.Tak pernah ku sangka sebelum ini ALLAH uji aku dengan pelbagai jenis manusia dalam persahabatan,tapi mendidikku dengan sabar dengan menyimpan sebentuk "MUTIARA"   untuk aku dampingi sebagai penguat semangat.


"Saya sebenarnya da lama nak berkawan dengan awak,tapi saya tengok awak dah ade geng yang rapat je sbb tuh saya x berani sebab saya tahu siapa saya kan,saya kolot,tak pandai bergaul,pemalu,byk kekurangan,tiada siapa mahu kawan ngan saya,yang ade pun,kawan2 yang pergunakan saya je..tapi saya tak tahulah kenapa,bila saya nmpk awak,saya nak buat awak sahabat baik saya even saya x pernah pun cakap banyak2 ngn awak,kdg2 je bertegur sapa..Jom,mulai hari ni,kita jadi sahabat baik nak?Kita sama2 study,same2 g usrah,same2 g makan,g skola same..nak x?Tuh pun kalau awak,nak kwn ngn saya nih..hu3"


Terkejut.Terharu apatah lagi.Lebih-lebih dicmpur dengan perasaan sedih dalam hati makin membuat hati semakin sayu.Matanya aku tenung.Terpancar keikhlasan yang amat sukar ditafsirkan.Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa aku tidak sangka,ALLAH menghadiahkan aku seorang sahabat secara tiba-tiba.Tanpa aku pinta.Mungkin Tuhan tahu aku sudah "bosan" dengan permainan dalam dunia per'kawanan" yang membuatkan aku serik dan susah mempercayai orang serta selalu meragui seseorang.Mungkin orang boleh kata aku selalu su'u zon tapi aku ade sebab tersendiri.Hidup membuatkan aku belajar ilmu persahabatan.Ya,mungkin aku saja yang paham.
 
Aku melihat  jauh ke dalam diriku yang tidak sesolehah dirinya yang seorang hafizah Quran.Seorang yang amat merendah diri walaupun dikurniakn kecantikan dan nur di wajahnya.Seorang yang amat lembut jiwanya kepada kawan-kawan.Juga,seorang pelajar yang amat pintar.
Tapi,aku tidak paham kenapa dia disakiti
"Manusia tidak pandai bersyukur,orang yang baik selalu disakiti & tidak dihargai!!'. Perlahan-lahan dalam keharuan,ku gagahkan bibir bersuara:.....

    "Terima kasih..masakan saya sanggup menolak kwn sebaik awak,awak sekarang bukan lagi sekadar kawan biasa saya,awak sahabat dunia akhirat saya.Jatuh bangun kita bersama.Saya bersyukur ssngat ALLAH pertemukan kita di saat kita sama2 susah,bersedih dan dalam masjid plak tuh..Hanya Tuhan sahaja tahu betapa saya bersyukur dikurnia sahabat sebaik awak..Saya sayang awak kerana ALLAH..."

Persahabatan kami semakin hari semakin akrab.Dia banyak Wmengajar apa itu erti 'GEMBIRA"  dalam persahabatan.Dia juga banyak mengajar aku tentang DIA.Ke mana sahaja kami mesti berdua.Kami sering berkongsi mutiara kata,berutus surat,gurau-gurau dan keluar sama2 espcially "outing time" kat sekolah.Memang indah waktu itu,Terasa dunia lebih terisi,hati semakin tenang.Sifatnya yang begitu baik membuatkan aku yang sedikit 'nakal" berubah sedikit demi sedikit.Dulu,aku jauh dari AL-QURAN,jauh dari ALLAH tetapi hadirnya dia dalam salah satuh helaian 'novel" persahabatan hidupku memberi impak besar dalam kehidupan ku.Seringkali aku memerhatinya khusyuk sambil menangis-nangis dalam setiap doa selepas solatnya.Aku ingin jadi sepertinya,Aku cuba berubah dari yang kurang baik kepada lebih baik.Dalam masa yang sama,dia insprirasiku dalam berubah.

Namun,semuanya "AMAN" buat sementara sahaja.Walaupun hubungan kami tiada sengketa tetapi karenah orang sekeliling yang seakan "mencemburui" persahabatan kami.Memberi banyak masalah.Ada jugak cerita di mana "kacang kembali mencari kulitnya'. Macam-macam konflik berlaku.Semuanya sepantas kilat.Tanpa kami sedar,kami semakin jauuh...senyap....sunyi..tiada lagi istilah si belangkas..yang tinggal hanya bekas "sliper" di bawah pokok yang dulu tempat kami selalu bersama-sama.Hadiah2nya tetapku simpan dan ku tatap selalu.Kami tidak bergaduh tetapi masa dan kesibukan duniawi menyebabkan kami sukar menghabiskan masa bersama lagi.Aku diriku,dia pula dengan kesibukannya,tetapi aku tidak pernah melupakannya...

Dalam kesibukanku,kadang 2 kenangan demi kenangan mengusik di kalbu.Ada yang sedih,ade yang terluka,ade terasa,ade marah,ade 'makan dalam",ada jugak peristiwa yang benar-benar membuatkan kami sama-sama terluka.Kami tidak pernah bergaduh secara luaran,kami hanya akan "dingin' dalam hati sahaja...tak paham kan?Biar saya dan dia sahaja yang tahu...^____^
Tapi sehingga kini dia masih sahabat saya..saya di UIA,dia plak kat (somewhere)^________________^

kami sudah sama-sama berjaya sekarang,tapi sampai sekarang saya tidak boleh menggantikan tempatnya di hati ini sebagai antara 'SAHABAT SEJATI' yang betul-betul saya sayang dan rindu sangat-sangat..
Persahabatan secara 'tidak sengaja" yang diaturkan ALLAH buat saya dan dia amat sukar diungkapkan.Kami amat rapat.Apa yang saya rasa,dia jua rasa begitu juga sebaliknya.Kami bagaikan puzzle yang saling melengkapi.Walaupun selalu sahaja ade salah paham dan peristiwa yang menyakitkan kami.
Persahabatan kami tidak sama dengan orang lain.Owg lain mugkin nampak kami jauh,tidak selalu bersama..tapi sebenarnya kami amat dekat...dekat sekali...
===_== ''
Masa terus berlalu.Aku sibuk dalam dunia kampusku,dia sibuk dengan dunia hafalannya sebelum masuk universiti.Tetapi adakala kami masih berbalas 'SMS" walaupun agak jarang la.Kdg2 di saat aku memerlukannya dan amat rindu dengannya,aku x mampu menekan button "SEND" kerana terlalu bimbang mengganggunya.Rasa bersalah selalu menyelubungi.Apatah lagi memikirkannya,maybe sedang bergembira dengan sahabat yang lebih baik dari aku.Bahkan berjuta-juta lebih solehah compared to myself.Kehidupanku diteruskan.Aku terus "menikmati" tugasan dan gerak kerja di kampus.Aku terima apa sahaja yang ALLAH bagi dalam hidup aku walaupun kdg2 aku terluka sama.
Tapi...Telahan aku salah...Aku masih dingatinya..sebab bersahabat keranaNYA,sampai syurga bukan kat dunia sahaja kan..?...Hu3..

Suatu malam.....
Sedang aku khusyuk menonton filem "Seniman Bujang Lapok" dengan famili kat rumah,tibe2 handset di genggamanku "vibrate" sekuatnya,satu nama di skrin membuatkan aku terkejut dalam gembira.Hati aku diterpa rasa sebak bila mendengar suaranya yang begitu sayu bersama tangisan.Dia menangis.Tapi,kenapa?.

"Ain...aa..iii...nnn....ssssyaaa mintak maaf sangat2 sebab jahat dengan awak dulu,saya tak pernah hargai awak walaupun saban hari awak dok depan saya,saya selalu wat sakit hati awak,saya selalu jeles ngan awak,saya selalu tak hargai awak,saya menyesal sangat-sangat..saya rindu kita macam dulu...kalau boleh,saya nak flash back balik....sssyyyyaa.minta maaf...minta maaf...hu3..."
 

Suara di corong handset sepi buat seketika.Yang kedengaran hanyalah sedu sedan dan tangisan yang amat kuat.Sekali-sekala namaku disebut beserta ungkapan maaf..maaf..maaf....dan maaf...Walaupun sume yang dikatakan tidak pernah dilakukannya.Dia terlalu salahkan dirinya.Aku pula dikejar rasa bersalah.huhu...

Aku terdiam.Tanganku tergetar-getar memegang handset.Rasa yang sukar diterangkan.Sebak yang terlalu susah untuk diterjemah.Tak sangka engkau juga sepertiku.Walau ape pun yang jadi,dia tetap sahabat saya.Saya sayang dia seikhlasnya,dia seorang sahabat yang tak layak dilupai...
Air mataku terus laju meluncur.Allah...

Aku juga rindu padamu,sahabatku..sahabat masa zaman sekolah..sahabat yang selalu mentarbiahku..sahabat yang pernah menarik aku dari "tebing curam" kesedihan yang parah.Mana mungkin aku melupakannya..x mungkin aku sekejam itu..Mustahil....

Tiada salahpun engkau padaku sahabat.Semua yang duka sudah aku lupakan.Jika engkau membaca tatapan ini,ketahuilah bahawa sesungguhnya jika aku bersahabat dengan sesiapa sekalipun,di mana sahaja,selamanya dia sahabat aku...
Persahabatan mana yang tidak pernah dilanda badai...


Satu panggilan telefon itu benar-benar membuatkan hatiku memberontak supaya lebih menghargai sahabat-sahabat disekeliling kita,jika kehilangan ditunggu untuk meratapi sebuah perpisahan,kita tidak cukup kuat untuk merasai sakitnya derita sebuah penyesalan..
Untuk yang bernama dia,ingatan aku padanya tak pernah pudar.Doaku selalu bersamanya walaupun jasad aku jauh.Dia x nampak aku selalu ada mase dia menangis,tapi hakikatnya,dia ada dalam bait-bait doaku.Sahabat,syukran atas segalanya..kau mengajar aku erti sabar dan penghargaan sebuah persahabatan.Uhibbuki fillah....             



"Ya ALLAH,terima kasih atas anugerah ENGKAU padaku,kau kurniakan aku insan-insan yang selalu menguatkan aku,sesungguhnya aku tahu "SAHABAT" juga adalah nikmatMU yang kau pimjamkan padaku maka berilah kekuatan untukku selalu menghargainya,dan janganlah KAU tarik nikmat ini daripadaku.Amin ya Rabbal Alamin." 
...Buat Semua Yang Bergelar Sahabat,Uhibbukum Fillah..InsyaALLAH....


****************************************************
ikhlas dari hati ini..Buat yang bernama dia..dan kamu....


dari hambaNYA yang selalu lupa dan alpha...
~di hening pagi,bersama my lovely lappy wif my lovely sist,Sofia & Anis the sleeping sweetie..~

Nik Nurul Ain Bt Nik Azmi 
cfs iium pj...huhu...^_____^'''

***************************************************************

Sunday, December 4, 2011

~G.H.T.....MY NeW LiFe..~

"Masih segar di ingatan aku...suatu pagi...hampir sebulan yang lalu.Selepas menyelesaikan kerja2 umah...dengan kepala yang sedikit berdenyut..aku mencapai handsetku yang semalaman di"OFF"( mmg tabiat suke off nset bila xde battery & ade kije (nk fokus la bagaiii)..malas nk charge....heee.ape la kan....:)
Tertera di skrin bbrapa misscall list dri sahabat2 ku...& berbelas2 mesej UNREAD,MMS MAXIS pun adew..adeiii,wat full memory je kan..:p...dalam malas aku buka satu-persatu mcj2 tuh...takut gak lu ade mcj urgent yg perlu direply segera..hu3.(rasa bersalah mula menerpa)..tersengih sorang2 bile mengingat bebelan sahabat karibku "Ain,handset tuh lepa manow heh,berjanggut tggu reply..??Bla..bla..bla...haha."..tibe2 mataku tertancap ke satu nombor di misscall list..***-*******...

Pelik.Aneh.Hairan.
"Aik?Awat tbe2 je pagi2 call..mesti penting nih..xpernah2 pun.2x plak tuh..."

Aku dail balik..(misscall je la..haha..)...
Tak lama kemudian handset aku "menyanyi"..
Makanya..Disitulah aku pun diberitahu tentang

"GERBANG HIKMAH TRAINING"

setelah di terangkan objektif,jalan dakwah yang mahu direalisasikan serta siapa figure2 yang bakal bergerak bersamaku nanti...timbul satu keyakinan dalam diri aku untuk terus menerima pelawaan untuk menjadi salah seorang dari 6 tonggak utama syarikat.

Berkali2 jugak sahabat tersebut bertanya akan "keseriusanku" untuk menerima pelawaan tersebut..

Mungkin drastik sangat persetujuan yang aku buat sehingga membuatkn dia bimbang aku tidak berfikir panjang akan sebarang risiko yg bakal ku tempuhi nnti sementelah lagi disaat kami masih bergelar "student"...

sekali lagi aku mengiyakan..

Bagi aku nak buat perkara baik apatah lagi secara "BERJEMAAH" tidak perlu difikir lama-lama...


"Btol..setuju je..perkara baik..xde hal laa..insyaALLAH saya akan wat terbaik..Saya cuba.."




Aku fikirkan inilah aset aku untuk terus "memberi" dalam kehidupan ini..even aku xdelah sehebat mereka..seGAH mereka...sekreatif mereka...tapi aku ingin mencuba ke arah itu walaupun harga sebuah kebebasan terpaksa aku korbankan dan usahakan..masa juga harus aku peruntuk semata-mata utknya nanti..apatah lagi khabarnya jika ada rezeki...syarikat ini akan kami sama2 usahakan sampai ke AKHIR HAYAT..hingga anak cucu la owg katakan..aku selalu ingatkan pada diri aku ni....

"Ain,jika kita mengharapkan sesuatu yang besar..PENGORBANAN ke arahnya juga mestilah besar..langkahan pertama jua harus lebih luas menjangkaui yang biasa..."

Satu keluhan dilepaskan..aku tidak pernah menyesali keputusanku even dalam menongkah  permulaannya juga ku sudah dapat merasakan ada saje halangan yang menjengah..

"Nak jadik trainer, diri kena la ditrain dlue...terima je semua..telan je semua...sbb pengalaman kita 2 akan jdi "guru" pd diri dan manetw kita ade "solusi' pd msalh owg lain nnti kan??"...^___^.....

Keserasian kami pula mungkin menjdi salah satu faktornya.Ukhwah yang dibina terasa amatlh manis sekali.Siapa tahu kami yang berlatar belakang yg berbeza-beza,negeri pun ade yg beda(Klate & Kedah BERGABUNG),tapi FIKRAH yang sama menyatukan kami.Mungkin jugak kisah suka duka diri masing2 dalam mencari HIKMAH sebuah kehidupan membawa kami menyusuri satu gerbang bersama  di atas satu landasan yang juga sama bernama
"GERBANG HIKMAH TRAINING"..^__^..

Apatah lagi memori yang sukar dilupakan apabila kami berbicara mengenai perancangan syarikat di hadapan lautan yang luas mata memandang,hujan renyai-renyai mengiringi.Resolusi demi perancangan dibuat..tapi timbul jugak satu ketakutan dlm benak hati.Mungkin sudah terbiasa dengan pengalaman2ku sebelum ini dlm merangka sebuah perjalanan sebuah organisasi..

Sebab kita hanya mampu merancang..ALLAH yang menentukannya...

"Kubmbangi jika ia hnyalah skdr black n white je,pengaplikasian dlm dunia realitnya xde..Dalam hati x henti2 berdoa agar setiap perancangan kami berjalan lancar bkn sekadar sepuitis kata2.. malah diredhaiNYA..dan jika kami diuji..kami akan segera mencari HIKMAHnya..amin...."

Penerangan sahabat/iah semakin meyakinkan.Segera ku usir hsutan2 tuh jauh2.Dilarikan oleh ombak2 yang mengganas.Digulung-gulung lalu dihempaskn sekuat-kuatnya ke tebing pantai.Sama juga dengan hembusan nafas yang tidak akan mengitar hembusan yang sama.

Biasalah,hakikatnya perkara baik mmg susah nk wat...ade je gangguan.Aku tidak mampu menahan sebak bila menghayati bait2 doa diketuai seorang sahabat sebagaimenandakan bermulanya permulaaan syarikat kami di suatu petang itu..bunyi ombak semakin mensayukan hatiku,terbayang halangan,cabaran yang bakal ditempuhi,tidak kurang juga pahit manis yg bakal dikecapi.Iya bukan semudah meng"edit profile di Fb dengan menyatakan'worked as....at GHT.."or meletakkan badge di blog utk tatapan followers tapi lebih dari itu.



"JATUH BANGUN BERSAMA"
..GHT..kami langkahi langkahan pertama ini dengan lafaz Bismillah..moga berkat mendahului...HIKMAH menyusuli...:)...
~FASA BARU HIDUPKU.~


Apabila ditanya.."Mengapa aku yg dipilih bukan dia??".Mereka pun tiada jawapan.Sebab mereka pun dipilih juga.Oleh ALLAH s.w.t..


Akhirnya kami bergabung juga keranaNYA.....^____^..




***********************************************************





~at home  at 4.49 pm~
ikhlas minni...

mood:happy sbb abah cakap nk makan sate...hehehe....
~Nik Nurul Ain Bt Nik Azmi~




Thursday, November 24, 2011

~Air Mata Amirul Mukminin...sad & really touchim story!!!~

                                        Salam semua.Moga sihat sokmo hendaknya.Di pagi Jumaat yg mulia ni terdetik lak nk  kongsi satu cerita sal keperibadian Amirul Mukminin,Saidina Umar Al-Khatab yg betul merenggut hati yg dah lame lalai ni.Menjalar rasa kagum dalam setiap urat sendi saya.Hebatnya pegangan insan ini pada ALLAH.Setiap yang berlaku dalam hidupnya x akan lari dari mengaitkannya dengan nama ALLAH..ALLAH..ALLAH...Bila hidayah datang menerpa di hati tiada siapa bisa menghalang saktinya menguasai seluruh kehidupannya.ALLAHUAKBAR!!!!~

Diceritakan pada suatu petang,ase tergerak plak nk bace buku yg dah lame dok depan mata.Tapi selalu x berkesempatan.Memandangkan hari ujan.Ape pun xleyh nk wat,saye belek2 buku tersebut..jariku terhenti membelek bila terpandang sub title...

"APAKAH ENGKAU MASIH HIDUP SEBULAN LAGI????"

"Xde jawapan tuk soalan di ats...anda ade????"

AL-KISAHNYA.....

Suatu hari,putera Amirul Mukminin Saiyidina Umar al-Khatab pulang dari sekolahnya dalam keadaan menangis.Sebagai seorang bapa,terdetik kasihan di hatinya lalu Umar bertanya,"Apa yg menyebabkan kamu menangis,wahai anakku??"

Jawab Si anak Umar itu."Kawan-kawan di tempat pengajianku menghitung tampalan yang ada di bajuku.Mereka berkata"Lihatlah anak Amirul Mukminin ini!!Berapa tampalan yg ada di bajunya???.Dia masih dalam sedun sedannya.

Umar sendiri pakaiannya terdapat 14 tampalan dan sebahagiannya ditampal dengan kulit haiwan.Lantas Umar menulis surat kepada Bendahari Negara & di dalam surat itu beliau merayu.:

"Berilah hutang empat dirham padaku dari BAITULMAL,apabila datang awal bulan nanti,potonglah gajiku.."

Bendahari membalas surat Umar itu dengan mengatakan:

"Wahai Umar,apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonanmu itu?

"Apakah yang akan engkau perbuat dengan wang BAITULMAL jika engkau mati sedang wang itu masih dalam tanggunganmu???????"

Setelah membaca surat balasan dari Bendahari Negara itu,Umar menangis teresak-esak,tersedu-sedan..dan seraya berkata pada anaknya..

"Wahai anakku,pergilah ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawamu biarpun hanya sesaat..."

**********************************************************

Allah..hebatnya peribadi Umar kan??..Kalau la sume pemimpin mcm beliau..comfirmx10000 xde nyer istilah rasuah,wang suapan bagaii...mane ade pemimpin sekarang yg merayu memohon memimjam wang dri Menteri Kewangan sendiri semata2 untuk menghapuskan tampalan pd baju...baju beliau sndiri pun penuh koyak,tampalan2....zuhud....x mcm fenomena sekarang...rumah2 pemimpin besar2 sume..rakyat ade dok bwh jambatan jep,tak keterlaluan ade yg dok dlm bangkai kereta terpakai..bley je doram wat umah dlm tuh..sebab nak seribu daya,,,tak nak seribu dalih...baik merempat dengan rezeki halal dari perut membuncit dengan wang2 haram..tiada niat burukkan sesiapa...cume sekadar kemungkinan mungkin ade manusia sebegitu...Manusia ini mcm2 jenis..z mustahil dah dalm dunia akhir zaman nih....hu3....

Kalau owg kata kita macam SYAITAN kita MARAH balik..hu3...

"Eyh..jaga cket mulut tuh ek?ALLAH x ajar cakap mende2 mengarut,memcarut2..ade ke wat umpama manusia macam syaitan..manusia tukan sebaik2 kejadian..."

OWG CAKAP TAK HABIS LAGI LAA....

Sepatutnya dengar la dulu,nila manusia zaman sekarang x sabar nak menuduh 
bagaaii..termasuklah aku......

Orang kata kita macam SYAITAN,tapi kita 
  
MARAH,Sedangkan Kita Memiliki 
 
Sifat-Sifat 

Syaitan.Cube Semak Diri Apakah Kita???...



1.Pemarah(Panas Baran).

2.Pendendam(Hasad Dengki).

3.Bakhil(Amat Cintakan Harta).
 
4.Tamak.
 
5.Seorang yg suke bermegah2(Kecantikan & Barang

Berharga).
 
6.Seorang yg sangat kagum pd DIRI SENDIRI & sngt 

RIAK.

7.Seorang yg ALPHA kpd suruhan & 

laranganNYA....hu3...


 

Jika Jawapannya YA....MEMANG BENARLAH KITA 


SYAITAN..ASTAGFIRULLAH..:(


marilah kita sama-sama BERTAUBAT...

jangan biarkan sifat kelekaan kita memakan 


diri sendri..ALLAH...hu3...


~Moga kesedaran diriku mendahului kata-kataku ini...semuanya teguran wat 
diri jugak yg 
slalu lupa diri.X engat dunia.Dan ketahuilah jika kamu menilai 
seseorang,nilailah dengan 
kata-katanya yg baik jangan dilihat pada figura dirinya yang mungkin tidak 
melakukan ape 
yang dikatakan,Mungkin terlupa.Mungkin tersilap pandang.Doakan hidayah 
untuknya.Kerana semua itu mungkin menjauhkan dirimu dari hidayah 
 Tuhan 
 yang akan 
datang di mana jua.dari siapa sahaja yang dikehendakiNYA.Amin~
 
Maaf atas segalanya ye...Renung2kan dan Selamat Beramal..^______*)".....



"Halawatul Iman..."

"Kesabaran kita umat islam pun mestilah ade hadnya jugak kan...Jangan biarlah budaya aku x peduli menjalar dalam hidup kita hatta dalam bab membabitkan kemaslahatan ummah dan kematian ulama' dibunuh kuffar..."

~Wallahualam.Moga Bermanfaat.Hayatilah~


 "Sesungguhnya kemurkaan yang besar disisi ALLAH ialah apabila seseorang itu menyatakan apa yang tidak dia perbuat...AS-SAFF"

ASTAGFIRULLAH HAL AZIM....:(







~nIk nURuL aIn bT nIk aZmI~
 aKa.
aIen aZmIeey..

~di saat para mujahid berbondong2 ke rumah ALLAH untuk menunaikan fardu Jumaat.~
mood:Hujan renyai2...^____^..
sayang antum kerana ALLAH....:)

~Wallahualam Bil Jawab~







MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk diri kita dan kehidupan kita pada masa depan..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah..

MEMANG ALLAH SENGAJA menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.. Hari esok pun tidak pasti akan menjadi milik kita.. Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan seruhanNya dan meninggalkan laranganNyA


   ~Nik NuRuL AiN Bt.NiK AzMI~


Monday, November 14, 2011

~CINTA??..Boleh je..TAPI KENA HALAL DULU...~

.....Bismillahirrahman Ar Rahim...^____^.....

Mungkin saya akan dianggap ego bagi yang tidak memahami.Mungkin saya  dikira "hati batu" bagi yang tidak mengerti betapa mahalnya CINTA..Maybe jugak,saya akan dituduh berpura-pura bila sanggup berbohong bila cinta mendatangi jiwa & meminta untuk mendiami hati.


....Hingga sanggup mendiam diri tanpa melafazkannya kan?...Biarlah saya dengan cara saya sendiri...
Kita mungkin berbeza dalam hal ini..

"I miss u..I love u...I need u in my life..ilysm..sayang,baby,cinta,kasih,abang...ila akhir~

(n byk agy istilah yang biasa diguna dlm percintaan remaja sekarang..saye agak je,xpenah gune pun..just predict melalui observation & tgk citer2 LOvE StOry la kan..)

Saya tidak malu untuk mengakui bahawa TIDAK PERNAH mengungkap perkataan sebegitu kepada AJNABI..
& tidak pernah terdetik pun untuk melakukan sebelum terjalin nya IKATAN..laitu NIKAH..

YA!!!Memang saya agak EGO dalam bab2 macam ni..bukan mahu riak ke ape,tapi just mahu kwn2 saye & follower hayati betapa besarnya harga & nilai CINTA...

Saya teringat kat pesan seorang ustaz,x igt la plak nape die..tapi btol3 ni saya x tipu...dia kate..


"Janganlah kamu seronok & syok dengan cinta mase bercinta sakan kerna takut bila dah berkahwin sume dah habis CINTA."

A'ah kan..bayangkanlah kalau dok call2 setiap detik,mesej2 yang x berpatutan,pegang sana,pegang sini,duduk plak dekat2 smpy nak berlaga pipi,dlm Fb ade "relationship with" sume,dlm blog plak 100% citer pasal "OUR LOVE STORY"hari2..lame2 bosan jugak...bila dah kawen,jadi x sweet lah sbb dah x taw nk wat pe..romance2 sume dah "SEBATI" dah sblom nikah...

So thats why,saya nak jauhi bende2 macam ni,sebab saya TAKUT ALLAH,saya x nak izzah diri saya tercemar dengan semua ni..bukan saje2..nak kate saya xde perasaan "nak disayangi dan menyayangi",saya NORMAL okey,cume kekhuatiran saya melebihi kehendak nafsu sebagai remaja itu,bukan saya saje2,kalau diikutkan hati ini,mungkin dah lame saya terjebak dengan CINTA LUAR NIKAH nih...(ceh..mcm klise je kan..)..*___*


ADA YANG BERTANYA PADAKu...^____^


"Awak pernah jatuh cinta?Mksud saya,suka or minat kat sape2?"

DIAM.TERSENGIH.CUBE MENGINGATI
...(ade jugak yang tnye soalan macam ni..ingat saya ni maksum sangat kew?..
Saya pun manusia jugaklah...ade hati jugak..MESTILAH PERNAH...:)


"Pastu,awak x bagitaw dia kew?Kan ade hadis cakap kalau kita sayang kat seseorang,kita kene gtaw dia kan..?Hadis tuh..jangan main2.."


TERSENYUM.MENARIK NAFAS.
..(macam mana nak jawab ea,nnti die kate saya ego,berpura2,talam dua muka la ape la..)
ok2..saya jawab iye..kalau macam tuh,saya diam je...simpan dalam hati dan berdoa je moga saya dijodohkan dengan dia,sebab saya x nak kalau saya luahkan,nanti dia bukan JODOH saya??Sebab hati ni kan selalu berbolak balik,sekelip mata pun rasa"suka,sayang"kat sape2 pun akan hilang dengan kehendak ALLAH..saya jugak yang sedih,darjat seorang wanita yang tinggi disisi ALLAH juga semakin rendah..saya x nak..saya akan luahkan sungguh2 beserta pembuktian  bila...??..


BILA TIBA MASANYA NANTI...SEUSAI SAYA DIAKADKAN DENGAN "JODOH" SAYA..
SEKARANG..
BIARLAH IA JADIK..
......"LAFAZ YANG TERSIMPAN".....

....Sebab tulah awak jangan salah paham,tidak mengungkap x bermakna meng"iyakan.....
Sebab ape,sekarang masih awal lagi..lagipun saya pun xtaw ape yang terjadi suatu hari nnti pada diri saya..bahkan pada HATI saya...^____^

Kadang2 bila diasak tentang "LOVE" ni kan,saya pun xpaham sebab saya tak biasa..
Mybe saya terlalu "innocent" kot dalam memahami cinta..

Tapi saya tidak menafikan fitrah manusia.Saya meraikan fitrah manusia.Malah menerima kasih & sayang insan untuk diri yang tidak sempurna ini walaupun teramat malu dalam menyambutnya.Saya bahagia dan gembira & bersyukur dengan anugerah ALLAH pada saya.Cume,mulut dan hati saya seakan terkunci untuk mengucap patah-patah balasannya..sebab..saya menyimpannya untuk yang halal bagi saya...

Haaa,lupe plak,saya ingat pesan kak Fatimah Syarha,dia kate...


"Dik,masa remaja ni kan ibarat bulan puasa di mana kita berpuasa dari segala kemaksiatan seperti couple2,romance2 sume,bersahurlah dengan wat ibadah2 dan dekatkan diri pada ALLAH supaya kita dpt kekuatan nak bermujahadah..pastu tunggulah masa IFTOR..yakni..NIKAH..."

"Sweet kan...?Kalau macam tuh..Fikirkan Yang Terbaik UntukNYA,dia & kamu"

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH untuk segalanya.Serahkan kpd ALLAH.
HE KNOWS DA BEST.*_______*


.TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG YANG DIBERIKAN.


"YA ALLAH,BERIKAN AKU CINTA INSAN YANG MENYINTAIMU,AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU.."

Moga segala curahan ini menjadi "penjelasan" kenapa saya menyimpan kata2 cinta saya.

Sebab saya nak bagi yang terbaik kepada yang BERHAK...^___^'..

"Tapi biarlah pada masanya...jangan terburu-buru..moga redha ALLAH mendahului"
"Kasih sayang itu indah..Inginkan cinta lelaki/perempuan,muhasahah adalah cintamu pada
ALLAH,RASUL,PARA SAHABAT,ULAMA',IBU BAPA sudah kau semaikan??
SEMPURNAKAN yanh lebih aula' sayangku,,,"
"Cintailah sahabat di sekelilingmu,adakah uhkwah yang terjalin keranaNYA??"
(Bersama ahli usrah/halaqah..Farah,Ain & Mardhiah)..
Moga Everlasting Our Love...
~Ya ALLAH,tentukan yang terbaik buatku...buangkanlah segala keluh kesah,cemburu yang bertandang jika  semuanya bukan bakal kumiliki...ALLAh.."


~Sekadar cebisan dari insan kerdil ilahi..~

NIK NURUL AIN BT NIK AZMI
"Ya ALLAH,aku mohon padaMu,jangan sia-siakan aku di dunia ini hanya kerana ingin mengecapi cinta murahan insan yang masih belum halal ku miliki..jagalah aku,berikan ku kekuatan untuk menjadi solehah agar bertamabah kekuatanku bermujahadah di jalanMU..dan aku bisa menjadi sayap kiri pejuang ALLAH di jalanMU...amin..jika yang salah datang menjenguk ruang hati,kau "usirlah" dirinya dengan baik dari kelopak hatiku..jika benar aku dicipta untuk yang benar di mana hadir pada waktu juga benar dan tepat..izinkan aku menjadi bidadarinya dalam redhaMU..amin"
aT HoMe WiTh my LiTtLe oNe..
(NiK NuRhAnAnI sOfIa & nIk aLia rAsYiDah)
~SAYA SAYANG SEMUA DENGAN NAMA ALLAH.INSYA ALLAH...~
Segala Yang Buruk & Hina itu datang dari diri Sendiri,& Segala Yang Baik serta Terpuji datang dari ALLAH
Peringatan Untuk Diri Jua.


*************AIEN AZMIEEY************ 





Sunday, November 13, 2011

~Tiada Niat ku Bohongi engkau,Wahai HATi..~

~MONOLOG SANG HATI....^_________^ ~

Salamullah kpd sume yang sudi meluangkan masa n nyawa serta sisa hidup yang dipinjamkan Tuhan untuk menatap suhuf usangku yang semakin “berhabuk” nih..sama jua dengan hatiku yang masih menunggu semangatnya untuk bangun kembali..

Biarkan hatiku beradu..biarkan dia sendiri dengan perasaannya..aku tahu engkau penat menahan sabar,kesakitan yang membelasahmu setiap detik,monolog2  hati yg menderamu saban hari…siapalah dirimu utk menghalau keresahan itu…sudahlah..aku biarkan air mata ini jujur denganmu wahai hati…aku lepaskan sedu sedan ini kerana aku tidak mampu lagi menipu ia lagi…kerana aku sendiri pun tidak mampu lagi berdiri jika tidak berpaut pada huluran kasihMU ya Rabb…dalam diam,aku hanya mampu mendengar hati ini bermonolog sendirian..’Ain,kenapa aku selalu diuji dengan kesakitan dan kehilangan?”’Bleyh aku tanya,kenapa susah cngat ek nak setel masalah2 aku..ade je mende yang jadik,mcti jdi complicated..aku penat taw x…”..”Adakah aku kena btol2 down dlue baru Allah bagi apa aku nak ek?Aku x  nak sedih gila cm ni..siksa..hu3”Kalau nak kira,ade agy owg yang lebih x bernasib baik dr aku..tpi nape cam xde halangan je dlm idup dorang?Relek je aku tgk..”Ain.aku bkn pe..aku x nak paksa2 owg phm aku..tapi…hmmm….”….

Hati…sudahlah..jgn la tanya aku lagi..sedih aku taw x?..hu3…aku pun penat gak nak pk..aku tak nak sedih2 bagaii..tapi bila kau cam 2..aku jadi sebak cngat2..mataku berkaca2..aku jadi nak nangis..sebab aku pun sedih..aku x mintak pun semua tuh..hati..kau yang sakit,aku lagiiiiiiiiiiiii la sakit!!!...hu3….


Aku xde jawapan la..hmmm…tapi aku ade dgr la owg cakap kalau Allah sayang kat ssorang hamba DIA tu kan,DIA akan sentuh kat “tmpt”ni dlue first2..kalau DIA cinta kat ssorng kt ctu dlue CINTANYA smpai…nak taw kat manew??Kalau aku cakap ni..janji tak nak nangis dah ek?..Kalau x leh janji pun,cube pun ok..janji try ek...jgn terkejut lu aku gtw…tempat tu kat kau la “HATI”…


Mybe kau kata”Ain,aku tahu..aku selalu dgr owg ckp mcm 2…kdg2 aku ase termotivate arr..tapi sometimes aku sedih cngatttttttttt…sbb aku manusia kan…x salah aku nangis kan..sbb Nabi pun nangis bile die sedih..igt x masa anak baginda meninggal,Nabi nangis smpy jatuh air mata kat pipi jenazah anak baginda….aku ni lagiii la..manusia biasa..biasa sebiasa biasanya lebih dari sekadar biasa…lu nk ikut kasta,aku lah paling bawah,Ain..hu3…Aku taw kau banyak kali pujuk aku dengan sabar,aku nmpak kau cuba nak lupekan tapi kau x leh tipu aku…”HATI” kau…”…

Pesanan dari sekeping “HATI” yg minta dijaga,diubati…



“Ain,kau nak tahu somethim x?Kdg2..ALLAH uji kita tepat di hati sbb nak kita menangis..sbb kalau byk ketawa aku akan jdik keras,x terdaya agy x nangis,x tersentuh agy dngn ayat2NYA..ALLAH panah hati kau dengan kelemahanmu yang paling kau sayangi..mybe ia melebihi perhatianmu,kasihmu,peruntukan masamu padaNYA..igt ALLAH itu maha cemburu…xpe..menangislah sayang…ALLAH ade di sana melihatmu menangis smbil menuntun langkah kembali kpdNYA..kayuh langkahmu sederas mungkin..kau akn temuiNYA di penghujung jalan..ALLAH menunggumu..ayuh sayang..kuat..syhhh..jgn kesat air matamu..jgn ego..biarkn ia mengalir…ALLAH x pernah menafikan fitrah hambaNYA..moga dirimu tercalon sebagai salah seorang bidadari syurgaNYA…amin…aku akan bertahan untukmu…kita sama2 berubah ye..”


~Salam Muhasabah Wat Insan Bernama.....


......Nik Nurul Ain Bt.Nik Azmi.....
....Bila Hati Bermonolog..Siapa Aku Untuk Menafikan....

At Home,Wifh My ThREE lIttle "ChildRen"


"Anis,Nani.& Dik ya"



"JOM JADIK SOLEHAH!!!"


 *************************************************


~AKU CINTA ALLAH~