~Siapa aku?..Aku hambaNYA...~

My photo
aku hanyalah hambaNYA yg dalam perjalanan rohku di dunia yg fana ini dalam tujuan yg satu..BERIBADAH padaNya..aku tidak tahu kapan masanya..moga suhuf qalbi ini bermanfaat utk rohku & dinilai dicc ALLAH...AMIN...

~Ahlan Wasahlan..Ukhuwwah Abadan Abada~

"Ukhuwwah i2 bukan terletak pada kerapnya pertemuan..tapi pada kerapnya ingatan kita pada sahabat dalam doa"

Followers

Sunday, November 13, 2011

~"Engkau Hamba,Mengapa Masih Tidak Mengerti?.."

Bila dirimu lembik diasak ujian demi cubaan…

Hatimu dan perasaanmu lelah dibantai perihnya rasa….

Lancar lidahmu mengatakan DIA zalim…

Kau duga DIA tak pernah cuba untuk mengerti…

Kau persoalkan kenapa mesti aku yang terpilih???...

Tidak layakkah kebahagian itu buatku??Adakah senyuman itu terlalu asing untukku ukirkan??

Bilakah semuanya akan berakhir????....Bila Rabb….Bila...soalanmu itu kerap kali dibiarkan sepi tanpa balasan…

Sedangkan seluruh alam mengatakan DIA MAHA MEMAHAMI….MAHA MENCINTAI…MAHA BAIK…

Kau semakin bingung….kebenaran kau butuhi….tapi dimana….hijab antaramu denganNYA terlalu utuh untuk dirobek……

Air mata kering menangisi nasib diri…

Tapi DIA masih tidak peduli….apakah erti semua ini YA RAHMAN….
Maaf sahabat jika aku katakan kau silap tafsiran….

Kau mengimani bahawa ALLAH itu berbeza dengan makhlukNYA dari segi apa pun…

Tapi kau harus percaya DIA berbeza dengan kita hatta dalam menzahirkan CINTA….

Tak terfikirkah dikau masakan PENCIPTA itu tidak mengerti makhluk CIPTAANNYA sendiri…logikkah??

Jika hatimu itu masih bisa menjawab,ku percaya seego manapun dikau..pasti bisikan “akur” itu terluah jua…

Ingat sahabat..kau hanya MAKHLUK…bukan KHOLIQ….

Ujian yang pedih itu tanda cintaNYA…pembakar dosa-nodamu…

penghancur keladak hitam dek khoti’ah di hatimu…ALLAH itu tidak tegar melihat engkau dibakar hidup-hidup dalam An_NarNYA…

ALLAH tak sanggup melihat kita memekik….terlolong kesakitan di akhirat kelak...jadi percayalah…bayaran untuk syurga itu bukan semurah yang disangka…

Bila pengorbanan dalam perjuangan masih belum kau rasai…bila perit dalam bersabar masih belum kau telan…bila egomu itu masih belum kau tumbangkan..

Bisakah dikau meraih tempat di syurgaNYA…???....mencium baunya pun masih belum bisa dijanjikan….

Sahabat,setiap air matamu ditadah..setiap mujahadahmu dihitung..peluhmu yang menitis dikira satu persatu…

Luar biasa cintaNYA..maka dihadiahi Ramadan…ALLAH mahu kau suci dari dosa…

Persoalannya kini…mahukah atau tidakkah dikau…..jujur pada diri….
Subhanallah…

Wallahi..aku bersaksi tiada cinta lain sedahsyat cintaMU RABB!!!!
Tidak cukup dengan itu…LAILATUR QADAR pula ditawari…

Maka,nikmatNYA yang manakah yang engkau dustakan??

Kembalilah padaNYA…Islahkan diri..jangan persalahkan TUHAN….

Ketuk hatimu…gerakkan bibirmu…akuilah..’Tuhan itu tak zalim…sesungguhnya telah lama aku menzalimi diri sendiri….

Astagfirullah…..




"YA ALLAH..JADIKANLAH AKU INSAN YANG BERSYUKUR DENGAN HIDAYAH MU..."

~Kenangan Ramadan 2011,my quote,Ramadan..Izinkan aku bersamamu lagi...~
Created By,

Nik Nurul AIn Bt Nik Azmi
CFS IIUM NILAI 2011/2012

No comments:

Post a Comment

~AKU CINTA ALLAH~